PENDAHULUAN

Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

(29)Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.Tuhan berfirman:Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(30)Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam,akan segala nama benda-benda dan gunanya,kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman:Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
(31)Malaikat itu menjawab:Maha suci Engkau (Ya Allah)!Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana.
(32)Allah berfirman:Wahai Adam!Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka,Allah berfirman:Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
Al-Baqarah.

Saudara sekalian,berikut adalah ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah di mana memaparkan dialog di antara Allah,Malaikat dan Nabi Adam yang menunjukkan kebesaran Allah dengan mengajar Nabi Adam tentang NAMA-NAMA yang tidak pernah diketahui oleh Malaikat sama sekali.Nah,di sinilah persoalannya,apakah NAMA-NAMA yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi Adam?
Saudara sekalian,apakah NAMA saudara sekalian?apakah makna di sebalik NAMA saudara sekalian?Pernahkah saudara sekalian terfikir bahawa setiap sesuatu di dalam dunia ini punya NAMA?Dan terfikirkah saudara sekalian bahawa perkara pertama yang kita akan lakukan untuk MENGENALI sesuatu adalah dengan bertanyakan NAMA?Siapa NAMA anda?Apakah NAMA benda itu?Apakah NAMA pokok itu?Apakah NAMA binatang itu?Itulah ajaran pertama yang diajarkan oleh Allah kepada NAbi Adam,NAMA-NAMA.Allah juga punya NAMA-NAMA yang indah.

Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Di sini,aku ingin membawa saudara sekalian MENGENALI Allah dengan mengetahui 99 NAMA Allah yang maha indah.Semoga dengan apa yang aku cuba sampaikan di sini menjadi pendorong kepada kita semua termasuk diri aku untuk MEGENALI,MENCINTAI dan MERINDUI Allah.

Yang Baik Datangnya Dari Allah,Yang Cacat Hina Datangnya Dari Aku.Semoga Allah Merahmati Kita Semua.

1 Januari 2012

7.Al-Mukmin.

Al-Mukmin

Maksudnya : Yang Membawa Kebenaran,Yang Membawa Keamanan.

  Seringkali kita dengar frasa "orang-orang mukmin" di dalam Al-Quran,yang membawa maksud orang-orang yang beriman,orang-orang yang benar.Al-Mukmin bermaksud yang membawa kebenaran,yang membenarkan,yang membawa keamanan,yang mengimankan.Dialah Tuhan yang membenarkan keEsaanNya,yang memberikan para rasulNya sebuah kebenaran untuk disampaikan kepada setiap hambaNya yang beriman kepadaNya.

Antara Rujukan Daripada Al-Quran :

Surah Al-Hashr : Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23)

  Hiduplah dengan aman dan penuh kedamaian wahai orang-orang yang beriman kepadaNya,Tuhan sekalian alam semesta Yang Maha Pembawa Keamanan.Dan mintalah perlindungan daripadaNya.Bacalah zikir Al-Mukmin ini ketika berada di dalam ketakutan,InsyaAllah akan hilang rasa takut itu dan serulah zikir ini wahai orang-orang yang beriman,moga kekal dan bertambahlah keimanan kamu kepadaNya.


BlackBanner.

Tiada ulasan: