PENDAHULUAN

Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

(29)Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.Tuhan berfirman:Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(30)Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam,akan segala nama benda-benda dan gunanya,kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman:Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
(31)Malaikat itu menjawab:Maha suci Engkau (Ya Allah)!Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana.
(32)Allah berfirman:Wahai Adam!Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka,Allah berfirman:Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
Al-Baqarah.

Saudara sekalian,berikut adalah ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah di mana memaparkan dialog di antara Allah,Malaikat dan Nabi Adam yang menunjukkan kebesaran Allah dengan mengajar Nabi Adam tentang NAMA-NAMA yang tidak pernah diketahui oleh Malaikat sama sekali.Nah,di sinilah persoalannya,apakah NAMA-NAMA yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi Adam?
Saudara sekalian,apakah NAMA saudara sekalian?apakah makna di sebalik NAMA saudara sekalian?Pernahkah saudara sekalian terfikir bahawa setiap sesuatu di dalam dunia ini punya NAMA?Dan terfikirkah saudara sekalian bahawa perkara pertama yang kita akan lakukan untuk MENGENALI sesuatu adalah dengan bertanyakan NAMA?Siapa NAMA anda?Apakah NAMA benda itu?Apakah NAMA pokok itu?Apakah NAMA binatang itu?Itulah ajaran pertama yang diajarkan oleh Allah kepada NAbi Adam,NAMA-NAMA.Allah juga punya NAMA-NAMA yang indah.

Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Di sini,aku ingin membawa saudara sekalian MENGENALI Allah dengan mengetahui 99 NAMA Allah yang maha indah.Semoga dengan apa yang aku cuba sampaikan di sini menjadi pendorong kepada kita semua termasuk diri aku untuk MEGENALI,MENCINTAI dan MERINDUI Allah.

Yang Baik Datangnya Dari Allah,Yang Cacat Hina Datangnya Dari Aku.Semoga Allah Merahmati Kita Semua.

31 Disember 2011

2.Ar-Rahman 3.Ar-Rahim

Ar-Rahman.

Maksudnya : Pemurah,berbelas kasihan terhadap makhluknya.

Ar-Rahim

Maksudnya : Penyayang.

 Nama yang popular disebut,mana tidaknya,setiap perbuatan kita sunat dimulakan dengan menyebut nama2 ini.Terdapat beberapa pendapat tentang makna Rahman dan Rahim ini sendiri,ada yang mengatakan pengasih,ada pendapat mengatakan penyayang,dan ada yang mengatakan pemurah,namun secara ringkasnya boleh diterangkan di sini bahawa Rahman dan Rahim ini adalah Zat atau Sifat Allah terhadap makhluknya,Wallahualam.

Antara Rujukan Dalam Al-Quran.

Surah Al-Fatihah : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.(1)
                               Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.(3)
Surah Al-Baqarah : Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (163)
Surah Al-Israa : Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. (110)
Surah Ar-Rahman : (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1)
Surah Yasin : Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. (11)
                     : Penduduk bandar itu menjawab: Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta. (15)
                      : Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (58)
Surah An Nisa : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (100)

 Sesungguhnya Allah itu adalah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani setiap hamba-hambanya,terdapat beberapa kebaikan bila kita selalu mengamalkan menyebut nama-nama Rahman dan Rahim ini,antaranya ialah: 
 - Barang siapa yang menyebutnya Ar-Rahman 100 kali selepas solat fardhu,InsyaAllah akan terhindar dari sifat lupa dan lalai.
 - Barang siapa yang menyebur Ar-Rahim 100 kali setiap hari,InsyaAllah dia akan dikurniakan sifat berkasih sayang sesama makhluk Allah.

BlackBanner.

1.Allah

Allah.

Maksud : Yang mencipta sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.

  Dialah tuhan yang satu,dan tiada tuhan melainkah Dia,yang menciptakan setiap makhluk yang ada di alam ini,baik di bumi atau di mana-mana sahaja.

Antara Rujukan Dalam Al-Quran :

Surah Al-Fatihah : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(1)
Surah Al-Imran : Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(18)
Surah Al-Maeda : (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan agama Allah)? Rasul-rasul itu menjawab: Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib.(109)
Surah Al-Anaam : Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah. Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Dia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan. (124)
Surah Al-Araf : Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (180)

  Banyak lagi penggunaan nama Allah ini di dalam Al-Quran,yang nyata,nama Allah ini adalah yang paling utama,yang selalu kita sebutkan saban hari,yang membezakan antara tuhan umat Islam dan tuhan golongan kafir(yang padahal tiada tuhan selain Dia).


BlackBanner.